TARIKH PENGHANTARAN 12 JUN 2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Berita CAKNA

Slide Taklimat Cakna

Berikut adalah slide taklimat Cabaran Keselamatan Siber Nasional untuk tuan/puan rujuk sebagai pedoman. Download di bawah. Ada bertanyakan kenapa banyak sangat bentuk pidato ? kita cuba elakan tapi kalau boleh tahun nie cuba buat dalam bentuk audio siar (podcast)...

Apr 24, 2026

Tema CAKNA 2026

Anda dijemput sebagai seorang pempengaruh digital untuk menjadi panel dalam sebuah audio siar kesedaran bertajuk:

“Kebergantungan Generasi Alpha terhadap Teknologi Digital: Implikasi terhadap Landskap Sosioekonomi dan Pembangunan Masa Depan Malaysia.”

Dalam audio siar ini, anda perlu menghuraikan bagaimana Generasi Alpha menggunakan teknologi digital dalam kehidupan seharian serta menjelaskan kesan kebergantungan tersebut terhadap pembelajaran, cara berfikir dan pembentukan sahsiah mereka.

Selain itu, anda juga perlu mengupas implikasi jangka panjang terhadap landskap sosioekonomi negara, termasuk aspek kemahiran tenaga kerja, produktiviti, inovasi dan cabaran yang mungkin dihadapi dalam pembangunan masa depan Malaysia.

Format Awal Pertandingan CAKNA

3 MINIT VIDEO PEMBENTANGAN

BAHASA MELAYU

5 SLIDE PERBENTANGAN

l
22 april 2026

PELANCARAN PERTANDINGAN

Pelancaran rasmi pertandingan CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL atau CAKNA 2026

21 MEI 2026

TARIKH AKHIR PENYERTAAN

Tarikh akhir penghantaran penyertaan CAKNA

8 - 12 Jun 2026

PENILAIAN CAKNA NEGERI

Penilaian CAKNA oleh negeri yang bertanding kebangsaan

h
15 Jun 2026

CALON CAKNA KEBANGSAAN

Negeri akan menghantar calon-calon negeri ke Kebangsaan

13 Ogos 2026

TAKLIMAT PITCHING

Taklimat pitching (Tajuk Akhir) akan diberikan kepada para peserta akhir CAKNA

13 Ogos 2026

PUSINGAN AKHIR

Sesi pertandingan akhir secara bersemuka untuk peserta akhir CAKNA

14 OGOS 2026

PENGUMUMAN PEMENANG

Pemenang akan diumumkan secara rasmi dan kedudukan pertama hingga ketiga akan dipaparkan dalam web pertandingan

Para Pemenang CAKNA Terdahulu
2025

SMK DATO' SHEIKH AHMAD, PERLIS

KLIK UNTUK VIDEO

2024

SMJK TIONG HUA, SABAH

KLIK UNTUK VIDEO

2023

SMK SERI MEDAN, JOHOR

KLIK UNTUK VIDEO
2022

SMK SHAH ALAM, SELANGOR

KLIK UNTUK VIDEO
2021

SMK AGAMA KUALA LUMPUR, KL

KLIK UNTUK VIDEO
2020

SMK AMINUDDIN BAKI, KL

KLIK UNTUK VIDEO
2019

SMK RAJA PEREMPUAN IPOH, PERAK

2018

SMK LABUAN, WP LABUAN

Syarat-Syarat Pertandingan CAKNA 2026

Berikut adalah syarat-syarat untuk Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2026:

  1. Setiap pasukan terdiri daripada dua murid dan seorang guru pembimbing.
  2. Peserta perlu menghasilkan satu video pendek dengan panjang tidak melebihi 3 minit. Video perlu direkod dalam format landscape HD (High Definition) dengan resolusi sekurang-kurangnya 720p.
  3. Video yang dihasilkan perlu dimuat naik ke platform YouTube dalam bentuk unlisted. Link kepada video perlu disertakan dalam penyertaan pertandingan.
  4. Setiap pasukan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 5 slide PowerPoint yang berkaitan dengan topik keselamatan siber. Slide-slide ini boleh digunakan untuk membantu menyampaikan maklumat tambahan yang tidak dimasukkan dalam video.
  5. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah harian dan sekolah berasrama harian yang berumur antara 15 hingga 17 tahun.
  6. Peserta perlu mematuhi etika dan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahan-bahan yang bukan hasil karya sendiri. Sebarang penggunaan bahan-bahan dari sumber lain perlu disebutkan dengan jelas dan diberikan kredit.
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah 21hb Mei 2026 jam 12 tengah malam.
  8. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti, kebolehan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, dan keberkesanan dalam menyampaikan mesej berkaitan keselamatan siber.
  9. Keputusan juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  10. Pasukan yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan boleh didiskualifikasi daripada pertandingan.

Sekian, syarat-syarat pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional. Peserta dijemput untuk mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pertandingan dan kesaksian yang adil kepada semua peserta.

Pertanyaan Lazim CAKNA

Siapa Boleh Menyertai CAKNA ?

Penyertaan terbuka kepada semua murid berumur 13 hingga 17 tahun sekolah menengah harian dan sekolah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bila Tarikh Tutup Penyertaan CAKNA ?

Tarikh pusingan awal CAKNA adalah pada 16 Jun 2024 jam 12 tengah malam

Berapa Minit Video Penyertaan ?

Video Penyertaan hendaklah berdurasi 3 minit sahaja

Apa Format Video Penyertaan ?

Saiz minima video adalah 1280x720p dan upload di Youtube masing-masing.

Adakah Semua Peserta Perlu Bercakap ?

Dalam Video Penyertaan Awal Sahaja Para Peserta Perlu Bercakap.

Berapa Banyak Slide Perlu Hantar ?

Minima 5-10 Slide Perbentangan Jangan Lebih
Bantuan ?
1