Adakah anda murid sekolah menengah yang celik digital? Inilah masanya untuk tunjukkan bakat anda! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kembali menganjurkan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) Tahun 2026.
Program ini bukan sekadar pertandingan biasa. Ia merupakan platform terbaik untuk anda mendalami isu keselamatan siber melalui bengkel dalam talian dan pertandingan pembentangan digital yang interaktif.
Info Penting Pertandingan:
- Siapa yang boleh sertai? Terbuka kepada murid warganegara Malaysia (sekolah menengah KPM) berumur 13 hingga 17 tahun.
- Format Pasukan: Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang murid dan 1 guru pembimbing.
- Tarikh Penting: Program bermula dari 22 April hingga Julai 2026. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 21 Mei 2026.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Sesi Taklimat & Bengkel pada:
- 📅 Tarikh: 22 April 2026 (Rabu).
- ⏰ Masa: 2.30 Petang.
- 📍 Website: cakna.btpnsel.edu.my
Layari portal DELIMa atau klik bit.ly/PEMERKASAAN-DIGITAL untuk maklumat lanjut. Mari kita jadi “Peneraju Generasi Digital”!
Kena tanya pegawai johor .. tak apa nanti kami update. Sebab belum tutup lagi
Selepas keputusan negeri diumumkan
macaman nak dapatkan sijil negeri dr johor
Bagaimana sijil untuk murid negeri Johor?
Siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat sijil murid? Sebab dalam sistem tidak tersenarai nama murid yang telah masuk…