Berikut adalah keputusan penuh CAKNA 2023 yang telah berlangsung semalam pada 14hb Ogos 2023 yang mana telah berentap sebanyak 16 negeri dalam mendapatkan juara yang terbaik dikalangan terbaik dalam Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) 2023.

Program ini merupakan program kerjasama Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan, KPM dan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Selangor selaku tuan rumah.

Format yang diadakan adalah dalam talian dan dinilai oleh lima orang hakim yang bijaksana dalam menentukan isi siapakah yang paling tepat dan berkesan dalam menyelesaikan masalah yang diberi.

Kepada yang tidak berjaya anda juga akan mendapat saguhati dan sijil penyertaan daripada BSTP, KPM nanti. Semoga dengan hadiah dan sijil ini dapat membantu menaikan semangat para peserta di masa akan datang.

Berikut adalah video-video pertandingan akhir yang telah berlangsung semalam.

Bantuan ?
1
%d bloggers like this: